Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun kini hidup dengan kepalanya membongkok 90 darjah selepas beliau terjatuh pada usianya lapan bulan.

Disebabkan masalah kewangan, Afsheen Kumbar yang berasal dari Pakistan ini tidak dirawat, menyebabkan ia menjadi semakin teruk kerana gangguan pada otot leher yang dikenali sebagai torticollis. Torticollis adalah berpunca daripada kecederaan tulang belakang atau otot leher yang boleh menyebabkan otot leher menjadi kejang atau pitam.
Advertisement


Ia mengakibatkan Afsheen hidup dalam keadaan sukar dan menghalangnya untuk ke sekolah.
Kisah Afsheen ini mendapat perhatian orang ramai sehingga ada seorang pemimpin wanita yang ingin menaja pembedahannya di Karachi.

“Doktor beritahu peluang untuk pembedahan berjaya hanya 50 peratus dan minta kami pulang untuk memikirkannya.
“Selepas sebulan pemimpin yang berjanji untuk menaja pembedahan Afsheen tidak membalas panggilan kami dan terus senyap,” jelas abang Afsheen.

Sehingga kini, mereka masih mencari tajaan bantuan bagi membantu Afsheen untuk menjalani pembedahan pemulihan.
Sumber: Daily Mail
