Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Rakyat Duduk Rumah, Kanggaru Pula Bersiar-siar Di Bandar

Ekoran daripada perintah kawalan pergerakan, banyak bandar-bandar diseluruh dunia kini sunyi dan lengang daripada aktiviti harian manusia.

Disebabkan itu, seekor kanggaru dilihat bersiar-siar di bandar Adelaide yang kini sunyi selepas penduduk setempat hanya berada dirumah sepanjang masa.

Advertisement

rakyat duduk rumah, kanggaru pula bersiar-siar di bandar

Menerusi video berdurasi 50 saat oleh ABC News, kelihatan kanggaru terbabit berjalan dibandar Adeleide tanpa ada rasa takut diganggu manusia.

Suasana yang jarang dilihat ini telah menarik perhatian ramai yang menyifatkan alam semulajadi kini sedang dalam proses pemulihan.

rakyat duduk rumah, kanggaru pula bersiar-siar di bandar

Terdahulu, beberapa kejadian serupa turut belaku dikawasan lain seperti singa terbaring berehat ditengah jalan raya, monyet bermain layang-layang dan juga berhibur di sebuah kolam renang di satu kawasan perumahan.

Sumber: ABC News

ERA Muzik Hit Terkini