Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Nilai Kasut Bercorak Ini Dijangka Cecah Lebih RM4 Juta!

Sepasang kasut unik yang direka bentuk oleh Adidas bersama pembuat porselin dari Jerman, Meissen, berkemungkinan menjadi kasut pertama dengan harga jualan mencecah AS$1 juta (RM4.07 juta).

nilai kasut bercorak ini dijangka cecah lebih rm4 juta!

Kasut yang direka berdasarkan model popular Adidas ZX8000 itu diwarnakan oleh pekerja kraf Meissen, dijangka mencatatkan rekod baru dunia bagi kategori kasut latihan.

Advertisement

nilai kasut bercorak ini dijangka cecah lebih rm4 juta!

Sebelum ini, rekod dunia bagi kasut sneakers dipecahkan oleh Nike Air Jordan 1s, yang dijual oleh firma lelongan Christie’s pada harga AS$615,000 (RM2.05 juta), Ogos lalu.

Kasut Adidas-Meissen yang dilelong oleh Sotheby’s ini dijangka akan dibeli oleh pengumpul koleksi pada harga mencecah AS$1 juta (RM4.07 juta) dalam siri lelongan yang akan berakhir 16 Disember ini.

nilai kasut bercorak ini dijangka cecah lebih rm4 juta!

Ada sesiapa berminat nak beli kasut baru?

Sumber: Design Boom

ERA Muzik Hit Terkini