Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Banyak Rupanya Khasiat Popcorn Kalau Dimakan Dengan Cara Betul

Menonton wayang seakan tidak lengkap kalau tidak dijamu bersama bertih jagung ataupun popcorn.

banyak rupanya khasiat popcorn kalau dimakan dengan cara betul

Meskipun termasuk dalam kategori makanan ringan, ia mempunyai banyak khasiat tersendiri yang diperlukan tubuh, sekiranya ia dimakan dengan cara yang betul.

Advertisement

Dalam setiap 100 gram popcorn, ia mempunyai vitamin B1, B3, B6 serta kaya dengan zat besi, magnesium, fostor, kalium, zink dan juga mangan.

Namun sayangnya, popcorn sering ditambah dengan bahan lain seperti caramel, garam dan juga gula yang membuatkan ia tidak lagi sihat untuk dijadikan sebagai hidangan.

banyak rupanya khasiat popcorn kalau dimakan dengan cara betul

Popcorn tanpa bahan lain juga kaya dengan serat dan dilaporkan mampu mengurangkan keradangan serta menurunkan risiko penyakit jantung.

Sajian ini juga dikatakan baik untuk melancarkan darah, meningkatkan kesihatan penghadaman dan mengurangkan risiko penyakit termasuk kanser.

Selain itu, popcorn mempunyai kandungan polifenol yang merupakan antioksidan dimana ia mampu melindungi tubuh daripada kerosakkan akibat terdedah kepada radikal bebas.

banyak rupanya khasiat popcorn kalau dimakan dengan cara betul

Kesimpulannya, popcorn adalah sangat baik untuk kesihatan jika ia tidak ditambah dengan bahan-bahan lain yang tidak menyihatkan.

Sumber: Healthline

ERA Muzik Hit Terkini