Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kebenaran Rentas Negeri Akan Diumum Hari Ini? Hanya Tinggal 0.3% Belum Lengkap Vaksin

Kadar vaksinasi negara hanya tinggal 0.3 peratus lagi selepas 89.7 peratus populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam.

Sasaran untuk mencapai 90 peratus populasi dewasa yang lengkap vaksinasi semakin hampir.

Advertisement

kebenaran rentas negeri akan diumum hari ini? hanya tinggal 0.3% belum lengkap vaksin

Didahamkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan kebenaran rentas negeri hari ini.

Sidang media khas bersama Perdana Menteri akanbermula pada jam 3 petang ini serentak di seluruh negara.

Berdasarkan portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan, seramai 21.003 juta individu lengkap divaksinasi sementara 22.17 juta populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi keseluruhan, seramai 21.10 juta individu atau 64.6 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Manakala, 74.8 peratus atau 24.42 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Selain itu, seramai 204,536 atau 6.5 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Sumber: Awani
 

ERA Muzik Hit Terkini