Seekor kucing yang diberikan nama panggilan Pikachu, telah disahkan mati pada Januari lalu akibat daripada komplikasi dalaman, akan dihantar ke angkasa lepas untuk dikebumikan.

Advertisement
Pemilik, Steve Munt, merancang untuk melakukan sedemikian dan akan menjadi kucing yang pertama kali seumpamanya di dunia. Ia juga menelan kos sehingga US$5,000 dan kini beliau sedang mengumpulkan dana untuk menghantar kucingnya yang sudah mati itu ke angkasa.
#IGetAllSmileyWhen I think about Pikachu going to space. Be a part of a historic tribute to a historic cat, at https://t.co/21il0Z2q5v. #CatsOfTwitter pic.twitter.com/D0KP9BirJB
— Zee (@growingupzee) April 13, 2019
Terdahulu, Celestis Pets, syarikat yang menguruskan haiwan yang telah mati, sudah menghantar 2 ekor anjing ke angkasa dimana bangkai haiwan ini akan menjadi debu apabila keluar daripada ruang angkasa.
Sumber: Futurism