Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Negeri Kedah Tangguh Pelaksanaan PKPB 4 Mei Ini

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan akan dilaksanakan mulai 4 Mei, akan ditangguhkan pelaksanaanya di Kedah.

negeri kedah tangguh pelaksanaan pkpb 4 mei ini

Menurut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, penangguhan itu adalah sehingga Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (Khas COVID-19) membuat keputusan pada Selasa.

Advertisement

"Pendirian ini diambil bagi menjamin Kedah kekal sebagai zon hijau dan rakyat tidak terancam dengan jangkitan virus Covid-19.

"Keselamatan dan kebajikan rakyat tidak akan dikompromi. Buat sementara waktu, terus kekal di rumah dan amalkan penjarakan sosial," katanya dalam kenyataan semalam.

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri bertekad mahu mempertahankan status zon hijau di Kedah selepas tiada lagi kes aktif COVID-19 dicatatkan di semua daerah.

Dalam masa sama, kerajaan negeri Kedah akan memperhalusi terlebih dahulu syarat dan garis panduan PKPB dan kelonggarannya akan diteliti agar ia sesuai dilaksanakan di negeri berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini