Kredit gambar utama: Shutterstock
Sana sini orang sebut tentang PRU14. Korang yang dah ada pengalaman mengundi mungkin tiada masalah, tapi untuk korang yang pertama kali mengundi mestilah buat persediaan rapi. Jangan sampai 5 kejadian ni terjadi. Kan dah rugi 1 undi.
#1 Pergi Pusat Mengundi Guna Waktu Malaysia
Pukul 8 otw, pukul 10 masih lagi otw, pukul 2 pun otw. Akhirnya tiba tempat mengundi dah hujung-hujung waktu. Kiranya sikit lagi la tak dapat masuk atau lagi teruk dah tutup! Tahukah korang TEPAT jam 5 petang, tempat mengundi akan ditutup dan proses pengiraan akan bermula dengan kehadiran ejen-ejen calon yang bertanding untuk memastikan ketelusan? Kalau pukul 4.50 petang korang baru sampai tempat pembuangan undi, memang mampu tengok dari jauh je la peti undi tu.
#2 Kad Pengenalan Tertinggal Di Rumah
Dan rumah tu bukan 5 minit perjalanan. Iyalah rumah di KL tapi balik mengundi di kampung nun di Kedah. Tapi kalau kad pengenalan korang memang tak jumpa, pastikan korang bawa lesen memandu yang sah atau pasport Malaysia. Buat korang yang hilang kad pengenalan tu, cepat-cepatlah buat laporan kehilangan dan mohon kad pengenalan baru ye.
#3 Tak Boleh Masuk Tempat Mengundi

Kredit: Shutterstock
Punyalah berkobar dengan semangat kepartian yang tinggi, sampai pergi mengundi pun siap dengan baju dengan gambar calon, nama parti dan logo... Mana lah boleh masuk pusat mengundi. Setakat berdiri kat tepi pagar di luar pusat undi bolehlah.
Ada juga yang baju dah elok, kad pengenalan pun dah bawa tapi datang dengan memakai pewarna kuku. Memang tak boleh masuk la jawabnya. Pusat pembuangan undi tak sedia cecair penghakis cat kuku ye.
#4 Konfiden Tak Kena Tempat
Korang baru daftar mengundi pada 1 Januari 2018, tapi yakin 100% yang korang boleh mengundi. Padahal Suruhanjaya Pilihan Raya hanya akan menggunakan daftar pemilih sehingga suku keempat tahun 2017 je. Kiranya kalau korang baru je daftar mengundi pada tahun 2018, korang dikira tak layak mengundi dalam PRU14 ni.
#5 Salah Pusat Mengundi

Kredit: Shutterstock
Iyalah, dari awal tak check dan buat semakan maklumat lengkap daftar pemilih. Nak-nak pula untuk korang yang baru first time mengundi. Tak tahu nak semak kat mana?
1) Guna aplikasi mudah alih My SPR Semak. Cuma muat turun je di Google Play Apps atau Apple Apps secara percuma. Dengan aplikasi ini korang boleh semak nama calon yang bertanding di sesuatu bahagian pilihan raya dan boleh semak keputusan pilihan raya yang dipertandingkan.
2) Semak di pengundi.spr.gov.my.
3) Call hotline 03-8892 7018 atau mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.
4) Guna je Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) iaitu dengan menaip SPR NO KAD PENGENALAN dan SMS ke 15888.
So, apa tunggu lagi? Semak la sekarang! Dan, jangan lupa mengundi 9 Mei ni ye.