Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Malaysia Akan Bida Jadi Tuan Rumah Untuk Piala Dunia Mobile Legends Tahun Depan

Berita baik buat anda yang bermain permainan Mobile Legends kerana Malaysia mungkin akan menganjurkan Piala Dunia Mobile Legends, tahun depan.

malaysia akan bida jadi tuan rumah untuk piala dunia mobile legends tahun depan

Advertisement

Perkara ini disahkan oleh Menteri Belia & Sukan (KBS), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, seperti dipetik menerusi Awani.

"Kalau boleh kami akan cuba sebaik mungkin, nanti saya akan semak dengan pasukan KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN), begitu juga persatuan e-sukan kerana mereka pun ada persatuan antarabangsa.

"Kalau boleh memang kita hendak bawa Piala Dunia itu ke Malaysia," 

malaysia akan bida jadi tuan rumah untuk piala dunia mobile legends tahun depan

Terdahulu, pembangun e-sukan mudah alih popular Mobile Legends, iaitu Moonton, merancang untuk mengadakan kejohanan peringkat dunia tahun hadapan. Ia sehubungan dengan peningkatan jumlah pemain khasnya di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Sumber: Awani

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini