Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Keju Dibuat Daripada Celah Lengan Selebriti, Katanya Selamat Dimakan

Satu pameran di Muzium Victoria & Albert baru-baru ini menampilkan lima keju yang dibuat menggunakan bakteria yang dikumpulkan daripada kulit personaliti Britain.

euw pelik! keju ini dihasilkan daripada bakteria celah lengan selebriti

Bakteria yang diambil daripada celah lengan, ibu kaki, pusat dan lubang hidung selebriti, dibuat untuk mencabar pandangan negatif orang ramai terhadap makanan berasaskan mikrob.

Advertisement

“Badan manusia penuh dengan mikrob, manakala saintis-saintis menghasilkan teknik baharu untuk mengkajinya. Tanggapan bahawa mikrob seperti bakteria adalah punca penyakit atau bau busuk menutup perkara luar biasa yang dilakukannya untuk manusia,” kata pengurusan muzium.

Antara selebriti yang menyumbang kepada ‘keju manusia’ ini ialah ahli muzik dan pembuat keju Alex James, Cef Heston Blumenthal, pemuzik rap Professor Green dan Suggs yang merupakan vokalis kumpulan Madness.

euw pelik! keju ini dihasilkan daripada bakteria celah lengan selebriti

Keju berkenaan juga adalah selamat untuk dimakan.

Ok.

Sumber: The Jakarta Post

ERA Muzik Hit Terkini