Salah seorang ahli Pasukan Petugas COVID-19 Selangor, Prof. Datuk Dr. Adeeba Kamarulzaman menasihatkan agar orang ramai agar kekal di mana anda berada dan kurangkan perjalanan, khasnya pulang ke kampung.

Ia berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac sehingga 31 Mac ini.
Advertisement
"Apa yang penting di sini adalah jangan pulang ke kampung atau mereka dari kampung pun jangan datang ke bandar.
"Kekal di mana anda berada. Kurangkan perjalanan," kata Dr. Adeeba seperti dipetik dari Awani.
Ia berikutan besar kemungkinan ramai dari kalangan rakyat Malaysia akan mengambil kesempatan pulang ke kampung kerana risau akibat penularan COVID-19.
Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak panik dan sentiasa menjaga kebersihan seperti memnbasuh tangan dengan air dan sabun bagi membendung penularan wabak pandemik ini.
Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.
Sumber: Awani