Pasukan gergasi bola sepak Eropah, Manchester United sering berkongsi video jaringan menarik mereka menerusi akaun rasmi Instagram, @manchesterunited.

Advertisement
Akaun rasmi yang mempunyai 34.4 juta pengikut itu telah membuat peminat di Asia Tenggara, khasnya Indonesia dan Malaysia merasa teruja apabila mereka berkongsi hantaran dalam bahasa Indonesia.
"Harry Maguire bukan kaleng-kaleng! Yuk cetak gol seperti ini lagi, di laga FA Cup nanti."
"Umpan terukur dari seorang gelandang asal Portugal? Terdengar familiar Luis Nani dengan umpan ciamik untuk Wayne Rooney bagi Goal of the Year".
Rata-rata peminat membanjiri hantaran berkenaan kerana ia bukan suatu perkara biasa lebih-lebih lagi dalam akaun rasmi kelab bola sepak Eropah.

Sumber: Manchester United