Laman Opensignal telah mengeluarkan satu laporan berkenaan penggunaan data dan kelajuan internet pengguna di Asia dan dunia, khasnya sepanjang minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Mengambil kira daripada 16 Mac sehingga 29 Mac, kelajuan internet 4G pada mulanya di Malaysia adalah sekitar 13 Mbps. Namun, sejak bermulanya pelaksanaan PKP, kelajuan ini mulai menurun kepada 10.1 Mbps pada minggu pertama pelaksanaannya.
Advertisement
Kelajuan internet 4G ini semakin menurun pada minggu kedua PKP iaitu sekitar 8.8 Mbps, menjadikan jumlah penurunan sebanyak 4.5 Mbps atau kira-kira 34% dari kadar keseluruhan.

Penurunan kelajuan internet ini adalah dipercayai berpunca daripada peningkatan jumlah pengguna internet, termasuk penggunaan data sebanyak 1GB yang diberikan oleh kebanyakkan telco didalam negara ini.
Sama-samalah kita berharap agar kelajuan internet ini tidak turun lebih banyak seandainya PKP dilanjutkan nanti.
Sumber: Open Signal