Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kelantan Sediakan WiFi Percuma Untuk Rakyat Di 10 Lokasi Tumpuan

Jika sebelum ini Pulau Pinang pernah menyediakan WiFi percuma dinegeri mereka, kini giliran negeri Kelantan untuk menyediakan kemudahan serupa.

kelantan sediakan wifi percuma untuk rakyat di 10 lokasi tumpuan

Advertisement

Dipetik dari Siakap Keli, kemudahan WiFi percuma telah dilancarkan di 10 lokasi tumpuan sekitar Kota Bharu bagi kemudahan rakyat. Menurut Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, beliau berharap agar kemudahan ini digunakan sebaiknya oleh semua orang dan tidak disalah gunakan.

“Kita harap kemudahan ini digunakan sepenuhnya untuk kebaikan dan tidak menyalahgunakannya untuk menular pelbagai fitnah yang boleh menggugat keamanan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kelantan Free Wifi baru-baru ini.

kelantan sediakan wifi percuma untuk rakyat di 10 lokasi tumpuan

Foto: Kosmo!

Antara lokasi yang menikmati kemudahan wifi percuma dengan kapasiti 50 mbps itu termasuk Medan Mara, Bulatan Jam Besar, Dataran Cheng Ho, Pasar Siti Khadijah, Bazar Buluh Kubu, medan usahawan (stadium) dan beberapa jalan utama sekitar bandar Kota Bharu.

Sumber: Siakap Keli / Bernama

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini