Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kelas Memandu Boleh Beroperasi Semula 1 Jun Ini

Institut latihan memandu serta proses pelesenan pemandu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dibenarkan beroperasi semula mulai 1 Jun ini, seperti yang dipersetujui oleh Mesyuarat Khas Menteri.

kelas memandu boleh beroperasi semula 1 jun ini

Memetik laporan Awani, pengelola institut latihan memandu perlu patuh kepada garis panduan yang dikeluarkan JPJ serta SOP oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Advertisement

"JPJ juga telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) selaras dengan ketetapan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti pemeriksaan suhu, nyahkuman di luar dan dalam kenderaan pada setiap masa sebelum dan selepas digunakan dan memastikan kapasiti dan aturan tempat duduk terkawal.

"Orang ramai diingatkan agar mematuhi segala arahan yang dikeluarkan dan juga mengamalkan norma baharu seperti penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri,", katanya pada Sidang Media Harian, semalam.

Sumber: Awani

ERA Muzik Hit Terkini