Skip to main content

Advertisement

Hiburan

5 Kelebihan Pakai Mask Yang Orang Korea Amalkan

Sumber: EH! 

Kalau kita perasan orang Korea memang sangat suka pakai mask muka. Tak kisah lah musim panas ke sejuk ke mereka akan tetap pakai dan terdapat pelbagai design di sana. Selalunya di Malaysia orang yang pakai mask adalah mereka yang tak sihat dan tak mahu ia menjangkiti orang lain. 

Advertisement

Berbeza pula di Korea kerana mereka ada alasan tersendiri memakai mask. 

5 kelebihan pakai mask yang orang korea amalkan

1. Tak mahu bergambar

Kalau selebriti Korea ke tempat awam dan memakai mask itu tandanya mereka menyembunyikan wajah mereka dan mengelak daripada bergambar bersama peminat. Yela, mereka pun nak masa seperti orang biasa juga kan. 

2. Menghalang penyakit

Tak seperti di Malaysia, di sana lebih banyak menggunakan pengangkutan awam yang sentiasa sesak. Jadi untuk mengelakkan penyakit berjangkit, itulah sebabnya mereka pakai mask. 

5 kelebihan pakai mask yang orang korea amalkan

3. Tambah keyakinan diri

Tak dinafikan di Korea sangat popular dengan pembedahan plastik. Jadi buat mereka yang kurang keyakinan diri mereka lebih gemar memakai mask ini. 

4. Bentuk wajah jadi lebih seksi

Memakai mask lebih kerapa dapat membantu mereka dapat bentuk muka yang runcing dan dagu yang tajam. Yeke ? 

5 kelebihan pakai mask yang orang korea amalkan

5. Bau mulut

Hindarkan diri daripada bau mulut yang busuk. Salah satu habit mereka gemar membawa berus gigi ke mana sahaja mereka pergi. 

nak tahu apa haiwan buat bila tak ada orang lihat? kelakar weh !

ERA Muzik Hit Terkini