Seorang gadis berusia 22 tahun terkejut selepas mendapati terdapat kelibat bayangan misteri muncul dibelakangnya ketika sedang asyik membuat tarian video TikTok.
Memetik laporan dari Dailystar, video yang dikongsikan oleh Chloe Hartley di aplikasi berkenaan mengundang perbincangan hangat oleh netizen mengenai penampakan itu.
Advertisement

Menerusi klip berkenaan, ia menunjukkan Chloe sedang menari sendirian di ruang tamu rumah mengikut rentas lagu Britney Spears.

Takkala itu, satu kelibat hitam dilihat sedang turun dari atas tangga dibelakangnya.
@chlohartx♬ Shaxicula (Toxic x Love Shack x Dragula) - DJ Cummerbund
Menurut Chloe, ketika itu beliau hanya bersendirian dan tidak ada sesiapa dirumahnya ketika itu.
“Saya tiada niat untuk berkongsi rakaman ini, tapi cuba lihat apa yang berada di tangga belakang saya. Saya sendirian di rumah”, tulisnya.
Video tersebut meraih lebih daripada 17 juta tontonan dan menjadi tular dilaman sosial.
Sumber: Dailystar