Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Syiling Dikeluarkan Dari Hidung Lepas 53 Tahun, ‘‘Masa Kecil Takut Nak Bagitahu Ibu..’’

Seorang lelaki warga Rusia terkejut apabila menemui sekeping syiling lama dari hidungnya.

syiling dikeluarkan dari hidung lepas 53 tahun, ‘‘masa kecil takut nak bagitahu ibu..’’

Namun selepas di selidik, barulah dia teringat akan kisah sewaktu usianya 6 tahun yang memasukkan syiling berkenaan ke dalam lubang hidung kanannya.

Advertisement

Ketika itu, beliau amat takut dan enggan menceritakan kepada ibunya sehingga terlupa.

Selepas 53 tahun berlalu, lelaki yang kini berusia 59 tahun mengadu tersumbat hidung kanannya, sehingga menyukarkan pernafasan.

syiling dikeluarkan dari hidung lepas 53 tahun, ‘‘masa kecil takut nak bagitahu ibu..’’

Beliau kemudian menjalani pemeriksaan imbasan dihospital, sebelum doktor mengesan terdapat objek asing dalam saluran hidungnya.

Selepas pembedahan, doktor berjaya mengeluarkan sekeping syiling lama dari dalam hidungnya.

Sumber: Mirror UK

ERA Muzik Hit Terkini