Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sangat Perlukan Vaksin, Kematian COVID-19 Kini 10 Kali Ganda Banding H1N1

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memberitahu bahawa kematian akibat COVID-19 adalah 10 kali ganda daripada wabak H1N1 yang pernah melanda dunia pada tahun 2009 dahulu.

sangat perlukan vaksin, kematian covid-19 kini 10 kali ganda banding h1n1

Menurut Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, disebabkan itu vaksin COVID-19 amat diperlukan ketika ini bagi mengentikan penularan wabak itu.

Advertisement

sangat perlukan vaksin, kematian covid-19 kini 10 kali ganda banding h1n1

“Kami sedar COVID-19 tersebar pantas dan ia menyebabkan lebih daripada 10 kali ganda kematian daripada pandemik H1N1 pada 2009,” katanya dalam satu taklimat, hari ini.

Wabak H1N1 dahulunya bermula di Mexico dan Amerika Syarikat pada Mac 2009 telah mengorbankan 18,500 orang. WHO mengisytiharkan H1N1 berakhir pada Ogos 2010 dan ia tidak begitu menakutkan berbanding COVID-19.

sangat perlukan vaksin, kematian covid-19 kini 10 kali ganda banding h1n1

Namun setakat ini, COVID-19 telah mengorbankan 119,699 nyawa dengan 1.9 juta penduduk dunia telah dijangkiti. Malahan jurnal perubatan antarabangsa, Lancet menganggarkan statistik kematian akibat COVID-19 ini dijangka lebih tinggi sehingga 575,400 orang, dan jumlah ini belum termasuk jumlah di Afrika dan Asia Tenggara.

Menurut Tedros lagi, vaksin COVID-19 dijangka dapat digunakan sekurang-kurangnya 12 hingga 18 bulan lagi.

Sumber: Independent

ERA Muzik Hit Terkini