Memetik kenyataan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), satu lagi kematian dicatatkan di Malaysia angkara wabak COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kini sebanyak 17 kes.
Kes ke-17 ini merupakan warganegara Malaysia berusia 66 tahun dan mempunyai beberapa penyakit kronik. Mangsa dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah pada 20 Mac lalu selepas mula menunjukkan gejala.
Advertisement
Keadaan mangsa dilaporkan kritikal dan memerlukan bantuan penafasan pada hari dimasukkan ke hospital. Beliau disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac 2020.
Keadaan kesihatan mangsa mulai merosot hari demi hari, sebelum disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020 jam 4.10 pagi.

Punca jangkitan COVID-19 beliau kini masih lagi dalam siasatan.
Terdahulu, kematian ke-16 mangsa COVID-19 di Malaysia telahpun dilaporkan melibatkan seorang warganegara Malaysia berusia 75 tahun di Hospital Kuala Lumpur.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM