Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Dua Kematian Berkaitan Jangkitan COVID-19 Pertama Di Malaysia

Malaysia mencatatkan dua kematian pertama berkaitan wabak COVID-19 hari ini.

dua kematian berkaitan jangkitan covid-19 pertama di malaysia

Memetik sidang media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, mangsa pertama merupakan seorang paderi di sebuah gereja di Kuching, meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak pada jam 11 pagi tadi.

Advertisement

"Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak masih dalam proses mengenal pasti sumber jangkitan terhadapnya.

"Sementara itu, 193 kontak rapat mendiang telah dikenal pasti dan sedang menjalani kuarantin di rumah," kata JPBN Sarawak dalam kenyataan hari ini.

dua kematian berkaitan jangkitan covid-19 pertama di malaysia

Kes kedua pula melibatkan warganegara Malaysia (kes ke-178) yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling. Beliau telah mendapatkan rawatan di Hospital Permai, Johor Bharu sebelum dimasukkan ke ICU dan disahkan meninggal dunia hari ini.

dua kematian berkaitan jangkitan covid-19 pertama di malaysia

Sebanyak 120 lagi kes baru dilaporkan di Malaysia hari ini, menjadikan jumlah kes 673 di Malaysia.

Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.

Sumber: KKM Malaysia

ERA Muzik Hit Terkini