Indonesia telah mencatatkan kematian pertama angkara Covid-19, melibatkan seorang mangsa berusia 53 tahun.

Wanita berkenaan dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke hospital di negara terbabit.
Advertisement
Bagaimanapun, mnurut pegawai kementerian kesihatan, Achmad Yurianto, tidak memaklumkan secara terperinci sejarah perjalanan dan kedudukan wanita terbabit ketika disahkan meninggal dunia. Malah, mangsa juga merupakan warga negara asing yang berada di negara terbabit.
Indonesia setakat ini mencatatkan 27 kes positif Covid-19 dengan jumlah keseluruhan 119 ribu mangsa di seluruh dunia.
Jumlah kematian di Itali, Iran, Perancis dan Sepanyol juga terus meningkat hari ini.





Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.
Sumber: Awani