
Sumber: Astro Gempak
Advertisement
Dua hari yang lalu atlet kembar Malaysia, Muhammad Ameer Ahmad Kamal dan Muhammad Ameen Ahmad Kamal berjaya merangkul emas dalam acara berbasikal kategori ujian masa berpasukan. Atlet berusia 22 tahun ini berjaya menghabiskan kayuhan sejauh 51 kilometer. Nak kenal dengan diorang tak ?
- Ameer dan Ameen mula berminat dengan sukan berbasikal sejak berada di tingkatan empat.
- Bapa saudara bertanggungjawab memperkenalkan mereka kepada kawan-kawannya termasuk seorang jurulatih basikal negeri Melaka
- Le Tour de Langkawi 2014, Tour de Korea 2015, Almaty Kazakhstan 2015 dan Sukma 2016 adalah antara acara yang mereka pernah sertai.
- Sukan Sea 2017 merupakan penampilan sulung mereka di pentas Sukan Sea dan berjaya membawa emas!
- Mereka sentiasa mengingati pesanan Muhammad Fauzan supaya jangan meninggalkan solat dan sentiasa berlatih bersungguh-sungguh.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
