Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Unik! Kembar Lahir Anak Pada Hari Lahir Mereka, Di Hospital Sama

Pasangan kembar dari Amerika Syarikat, Autumn Shaw dan Amber Tramontana, telah melahirkan anak masing-masing pada hari lahir mereka baru-baru ini.

unik! kembar lahir anak pada hari lahir mereka, di hospital sama

Menariknya, kedua-dua anak yang dilahirkan itu juga adalah anak perempuan, dan di hospital yang sama, cuma selang beza 90 minit.

Advertisement

Pasangan kembar dari Knoxville, Tennessee ini telah selamat melahirkan anak masing-masing pada 29 Oktober yang lalu.

Malah, anak pertama mereka, iaitu masing-masing adalah lelaki yang kini berusia 2 tahun, juga dilahirkan hampir sama dengan jarak 10 minggu sahaja.

unik! kembar lahir anak pada hari lahir mereka, di hospital sama

Menurut Amber, beliau mahu anak-anak mereka merasai pengalaman yang sama seperti mereka membesar dahulu, yang lebih sebagai dari adik-beradik.

Unik betul!

Sumber: India Times

ERA Muzik Hit Terkini