Skip to main content

Advertisement

Hiburan

#ERASupportFrontliners Tanda Hargai Pengorbanan Barisan Hadapan, Hantarkan Video Anda Sekarang!

ERA mengadakan kempen #ERASupportFrontliners bagi memberi sokongan dan dorongan buat barisan hadapan yang sedang berkorban demi menghentikan penularan wabak COVID-19 di negara kita.

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya atau ‘total lockdown’, kami akan berkongsi di media sosial kami video ucapan anda sebagai tanda penghargaan buat semua barisan hadapan.

Advertisement

#erasupportfrontliners tanda hargai pengorbanan barisan hadapan, hantarkan video anda sekarang!

Selebriti tanah air, semua peminat dan pendengar ERA dialu-alukan menyokong kempen ini dengan menghantar ucapan dan kata-kata semangat buat barisan hadapan kita.

Mudah sahaja, anda hanya perlu membuat ikuti langkah-langkah berikut;

#1 - Rakamkan video ucapan dan kata-kata semangat khas buat barisan hadapan.

#2 - Sertakan #ERASupportFrontliners di bahagian kapsyen.

#3 - Tag kami @era.je di semua platform media sosial.

Video anda akan dikongsikan di semua media sosial ERA, jangan lupa beritahu kepada semua rakan-rakan dan keluarga lain.

#erasupportfrontliners tanda hargai pengorbanan barisan hadapan, hantarkan video anda sekarang!

Hantarkan seberapa banyak video yang anda mahukan di platform kami bagi menzahirkan pengorbanan barisan hadapan dalam mengekang penularan virus COVID-19 ini.

Tertakluk kepada terma dan syarat.
 

ERA Muzik Hit Terkini