Seorang wanita yang tidak sedar bahawa dia membawa virus COVID-19, telah menjangkiti sekurang-kurangnya 71 mangsa lain selepas menggunakan lif di apartmentnya di Heilongjiang, China.
Menurut laporan, wanita itu baru sahaja pulang daripada Amerika Syarikat pada 19 Mac lalu dan tidak menunjukkan sebarang simptom atau gejala sepanjang bercuti disana.
Advertisement

Wanita yang tidak didedahkan identitinya juga diuji negatif selepas pulang dari luar negara, malah diminta untuk menjalani kuarantin di rumah.
Meskipun wanita ini berseorangan semasa dalam lif, jirannya juga menggunakan kemudahan itu sehari selepasnya.
Tambah lagi, pada 26 Mac lalu, ibu dan teman lelaki jirannya juga bermalam di apartment itu sebelum mereka keluar berparti dengan sekumpulan individu.

Bagaimanapun, seorang individu yang menghadiri parti itu mengalami strok dan dibawa ke hospital pada 2 April sebelum disahkan positif COVID-19.
Hasil pemeriksaan, pihak berkuasa percaya jangkitan COVID-19 ini adalah daripada wanita yang pulang dari Amerika Syarikat itu, juga telah mencemari lif apartment dan menjangkiti jiran lain.
Jumlah jangkitan adalah kira-kira seramai 71 orang mangsa.
Sumber: Metro UK