Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Lelaki Didenda Sebab Kentut Terlalu Kuat Dengan Sengaja

Seorang lelaki dari Viena, Austria telah didenda sebanyak 500 Euro (kira-kira RM2,412) kerana kentut dengan sengaja dan kuat ketika pemeriksaan.

lelaki didenda sebab kentut terlalu kuat dengan sengaja

Polis Austria dalam satu kenyataan mempertahankan jumlah denda berkenaan meskipun lelaki itu menyifatkan ia tidak adil.

Advertisement

Lelaki terbabit dilaporkan kentut dengan kuat ketika polis sedang melakukan pemeriksaan keatasnya semasa dia sedang bangun dari tempat duduk sebelum itu.

lelaki didenda sebab kentut terlalu kuat dengan sengaja

Polis Austria juga menegaskan denda berkenaan adalah kerana lelaki itu tidak memberikan kerjasama ketika pemeriksaan.

Tambah lagi, polis berkata jika lelaki itu tidak berpuas hati dengan denda berkenaan, dia boleh mencabar denda itu menerusi prosedur undang-undang.

Lelaki terbabit dikatakan mengangkat punggungnya sedikit dari bangku, memandang polis, sebelum tiba-tiba kentut dengan amat kuat.

Sumber: The Guardian

ERA Muzik Hit Terkini