Seorang wanita teruk menjadi mangsa suaminya apabila ditumbuk dan digigit serta dipukul selepas tindakannya memadam aplikasi Facebook di telefon bimbit lelaki itu.

Kejadian berlaku di Kampung Bakau Tinggi, Chukai sekitar jam 6 petang, selepas mangsa yang berusia 20 tahun dimarahi suspek atas tindakannya itu.
Advertisement
Bagaimanapun keadaan bertukar menjadi pertengkaran serius apabila suspek secara tiba-tiba menarik rambut mangsa.
Suspek yang gagal mengawal perasaan bertindak menggigit leher dan dada mangsa sehingga berdarah selain bertindak menumbuk kepala dan meninggalkan isterinya dalam keadaan kesakitan.
Mangsa yang tidak tahan dengan sikap panas baran suaminya hadir ke Balai Polis Chukai untuk membuat laporan.
Laporan kejadian juga disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kemaman, Superitendan Hanyan Ramlan dan akan menyiasat kes mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga 2012.