Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Akibat Sebar Berita Palsu Coronavirus, Seorang Lelaki Ditahan Di Bangi

Akibat daripada penyebaran berita palsu mengenai wabak Coronavirus, seorang lelaki berusia 34 tahun telah ditahan di kediamannya di Bangi.

akibat sebar berita palsu coronavirus, seorang lelaki ditahan di bangi

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan suspek ekoran daripada tindakannya memuatnaik status di Facebook pada 26 Januari lalu.

Advertisement

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador telah menggesa orang ramai agar menghentikan penyebaran maklumat dan berita palsu, khasnya mengenai wabak coronavirus yang boleh menimbulkan rasa panik kepada orang ramai.

akibat sebar berita palsu coronavirus, seorang lelaki ditahan di bangi

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini