Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Hanya Perempuan Boleh Buat 'Chair Challange' Ini, Tapi Lelaki Gagal? Kenapa?

Baru-baru ini, tular dilaman sosial Twitter tentang cabaran 'mengangkat kerusi' atau 'chair challenge'.

hanya perempuan boleh buat

Apa yang menarik tentang cabaran ini adalah, hanya kaum wanita sahaja yang didapati mampu mengangkat kerusi dengan baik, sebaliknya kaum lelaki tidak boleh.

Advertisement

hanya perempuan boleh buat

Caranya, peserta perlu berdiri dengan jarak dua tapak dari dinding, tunduk serta rapatkan kepala ke dinding dan mengangkat kerusi sambil menegakkan badan.

Nampak senang tetapi kaum lelaki dilihat amat sukar untuk melakukannya!

Menurut seorang saintis, Jeremy Johnson berkata, kebanyakkan wanita mempunyai pusat jisim yang lebih rendah ke pinggul berbanding lelaki.

Ketika membongkok, pusat jisim wanita adalah diatas kaki mereka, manakala pusat jisim lelaki pula berada diaas kerusi terbabit.

Menurut Profesor Brian Ford daripada Universiti Cambridge, ia adalah berkait rapat dengan saiz tapak kaki lelaki yang lebih besar, menyebabkan mereka sukar untuk mengangkat kerusi terbabit dalam keadaan membongkok.

Sumber: Daily Mail, Twitter

ERA Muzik Hit Terkini