Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kento Momota Bersama Tiga Pemain Badminton Dunia Kemalangan Di Highway MEX

Pemain badminton nombor satu dunia, Kento Momota bersama empat lagi pemain badminton telah terlibat dalam satu kemalangan pada awal pagi tadi di Lebuhraya MEX.

kento momota bersama tiga pemain badminton dunia kemalangan di highway mex

Advertisement

Ekoran daripada kemalangan itu, Kento Momota bersama pemain badminton Jepun, Hirayama Yu, Marimoto Akifumi dan Kento Momota, serta pemain badminton England, William Thomas telah cedera ringan, manakala seorang lelaki warga tempatan yang juga pemandu van berkenaan telah maut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor telah menerima panggilan pada jam 4.57 pagi dan seramai 10 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang dikejarkan ke lokasi kejadian.

Kemalangan itu melibatkan van pelancong telah melanggar belakang sebuah lori tanah, ketika dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini