Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Akibat Dipaksa Meneran Masa Bersalin, Kepala Bayi Terputus Dari Badan

Seorang ibu muda berusia 26 tahun merasa terkilan selepas anak yang baru dilahirkannya terputus kepada dari badan.

akibat dipaksa meneran masa bersalin, kepala bayi terputus dari badan

Kejadian berlaku di Hospital Santa Casa de Misericordia, Belem dekat Brazil selepas ibu muda itu dipaksa untuk meneran keluar bayi dalam kandungan walaupun wanita itu sudah dijadualkan bersalin secara pembedahan.

Advertisement

Wanita itu diberi pilihan untuk menjalani pembedahan secara Caeserean, namun dibawa ke dewa bersalin untuk melahirkan bayi secara semulajadi.

Beliau bersama suaminya tiba di hospital terbabit dari sebuah hospital lain dengan surat yang menyatakan anak mereka hanya boleh dilahirkan secara pembedahan kerana masalah kesihatan bayi dalam kandungan.

Ketika proses bersalin, anggota perubatan bertugas telah menarik kepala anaknya terlalu kuat, hingga ia terputus dari badan. Doktor kemudian membius mangsa dan menjalankan pembedahan bagi mengeluarkan sisa badan anaknya yang tertinggal dalam rahim.

Salah seorang anggota perubatan mendakwa bayi dalam kandungan wanita itu sudah meninggal dunia sebelum dia diarahkan bersalin secara normal.

Siasatan kini sedang dijalankan bagi mencari punca insiden berkenaan.

Sumber: Mirror UK

ERA Muzik Hit Terkini