Lelaki ini masih bernasib baik kerana masih hidup walaupun kepalanya tersekat diantara celah kereta api dengan platform selepas terjatuh ketika menaiki kenderaan itu.

Advertisement
Video dramatik menunjukkan sekumpulan pasukan penyelamat dilihat menolak kereta api itu daripada platform bagi membolehkan mangsa keluar daripada tersekat diantara celahan tersebut.
Kejadian yang berlaku di Libertad di Merlo, Argentina ini hampir meragut nyawa Jose Alejandro Centurion, 20 tahun. Namun beliau berjaya diselamatkan selepas mendapat bantuan daripada pasukan penyelamat.
Sumber: Metro
