Sejak Mac lalu, kerajaan Malaysia telah mengambil keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha mengekang penularan wabak koronavirus (COVID-19).
Selepas sebulan lebih kita menjalani tempoh PKP dari satu fasa ke satu fasa yang lain, nampaknya hari ini kita semua bakal mengetahui adakah ia akan disambung lagi ataupun berakhir.
Advertisement
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengadakan satu perutusan khas hari ini, 10 Mei 2020 sekitar jam 2 petang. Perutusan ini juga boleh ditonton secara langsung di beberapa saluran televisyen seperti Awani 501.

Selepas memasuki hari ke-54 pelaksanaan PKP, hari ini kita dapat melihat beberapa sektor ekonomi dibenarkan beroperasi sepenuhnya dengan syarat-syarat tertentu, dibawah pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Setakat jam 12 tengah hari semalam, sebanyak 54 lagi kes baru dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,589 kes.