Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Wanita Maut Keracunan Lepas Makan Popia Simpan 3 Hari Dalam Peti Ais

Seorang wanita dari Samut Prakan, Thailand dilaporkan maut akibat mengalami keracunan makanan selepas makan popia yang disimpan dalam peti ais selama 3 hari.

wanita maut keracunan lepas makan popia simpan 3 hari dalam peti ais

Mangsa yang berusia 40 tahun dikatakan sedang menonton televisyen bersama suaminya, sambil makan popia yang telahpun dipanaskan.

Advertisement

Makanan tersebut diberi dari pasar tempatan dan mangsa menyimpan makanan tersebut dalam peti sejuk rumahnya. Ketika kejadian, mangsa mula mengalami cirit-birit.

Suami mangsa merasa risau selepas lebih 1 jam isterinya tidak keluar daripada tandas. Akibat tiada respon balas daripada isterinya, si suami bertindak memecahkan pintu tandas, dan mendapati isterinya tidak sedarkan diri dengan kesan muntah penuh di lantai.

Si suami cuba membuat CPR kepada isteri, namun setelah diperiksa oleh pegawai perubatan, disahkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Punca kematian disebabkan keracunan makanan, membuatkan mangsa mengalami dehidrasi teruk kerana muntah dan cirit-birit yang berlebihan. Popia yang dimakan mangsa juga dibawa ke makmal untuk analisa.

Sumber: Ibtimes

ERA Muzik Hit Terkini