Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kerajaan Setuju Mansuh Hukuman Mati Mandatori Di Malaysia

Kerajaan bersetuju memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini, namun kajian lanjut akan dilaksanakan berhubung hukuman gantian terhadap hukuman tersebut.

Pembentangan Laporan Kajian Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pada Mesyuarat Jemaah Menteri dilakukan sehingga mendapat kata putus dan keputusan.

Advertisement

kerajaan setuju mansuh hukuman mati mandatori di malaysia

Kerajaan secara prinsipnya juga menerima serta mengambil maklum syor-syor Jawatankuasa Khas Hukuman Gantian Terhadap Hukuman Mati Mandatori yang dijelaskan melalui laporan kajian itu.

"Jemaah Menteri telah bersetuju agar penelitian dan kajian lanjut dilaksanakan berkaitan cadangan hukuman gantian terhadap 11 kesalahan yang membawa hukuman mati mandatori, satu kesalahan bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234), serta 22 kesalahan yang membawa hukuman mati tetapi dengan budi bicara mahkamah.

“Kajian lanjut ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri serta lain-lain Kementerian atau Jabatan berkepentingan.

“Tindakan ini adalah amat signifikan bagi memastikan pindaan akta-akta yang berkaitan mengambil kira prinsip ‘proportionality dan keperlembagaan (constitutionality) mana-mana cadangan kepada Kerajaan nanti,” katanya.

Kajian lanjut dan maklumat tambahan akan dimaklumkan kelak.

Sumber: Berita Harian
 

ERA Muzik Hit Terkini