Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Maaf, Kereta Api Kami Cepat 20 Saat”

Sebuah syarikat kereta api di Tokyo, Jepun, membuat permohonan maaf selepas kereta api mereka meninggalkan stesen Minami Nagareyama 20 saat lebih awal daripada biasa.

Dipetik daripada laporan oleh Herald Sun, walaupun tiada pengguna yang membuat sebarang aduan, syarikat tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji kejadian seumpama itu tidak akan berulang lagi.

Advertisement

“maaf, kereta api kami cepat 20 saat”

Kereta api tersebut dilaporkan meninggalkan stesen Minami Nagareyama pada jam 9.44 pagi pada saat ke 20 pada hari Selasa, sedangkan sepatutnya ia meninggalkan stesen pada saat ke-40.

Sumber: Herald Sun

ERA Muzik Hit Terkini