Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bukan Gambar Edit, Ini Adalah Limosin Sebenar Dari Model Ferrari

Sekali pandang, pasti ada yang ingat ini adalah gambar kereta yang di edit supaya kelihatan panjang pada bahagian tengahnya. Namun, rupanya ia adalah gambar sebenar.

bukan gambar edit, ini adalah limosin sebenar dari model ferrari

Sebuah syarikat limosin dari Australia, Exotic Limo telah menukar model Ferrari Modena tahun 2003 kepada sebuah kereta jenis limosin.

Advertisement

bukan gambar edit, ini adalah limosin sebenar dari model ferrari

Didakwa sebagai limosin paling laju di dunia, kereta ini boleh menempatkan 10 orang penumpang dalam satu-satu masa, dimana dua penumpang pada bahagian hadapan, dan lapan lagi dibahagian belakang.

bukan gambar edit, ini adalah limosin sebenar dari model ferrari

Lengkap dengan sistem bunyi, minuman, televisyen dan juga pencahayaan LED, kereta limosin Ferrari ini adalah satu-satunya seumpamanya di dunia yang masih menggunakan enjin Ferrari V8 original 3.6 liter, 400 kuasa kuda.

Dijual pada harga £216,000 (bersamaan kira-kira RM1.158 juta, ia boleh mencapai kelajuan maksimum 260 km/j.

Sumber: The Sun

ERA Muzik Hit Terkini