Ekoran daripada tindakan sebuah kereta jenis Myvi berwarna putih yang melawan arus di Lebuhraya Maju Expressway (MEX) berhampiran IMU Bukit Jalil pada jam 2.57 petang semalam, pihak polis kini sedang memburu pemilik kenderaan tersebut.

Advertisement
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, pihaknya memerlukan bantuan orang ramai bagi memberikan maklumat berkenaan kenderaan berkenaan supaya tindakan dapat diambil.
Video yang kini tular dilaman sosial jelas menunjukkan kereta terbabit melawan arus menyebabkan kereta lain terpaksa mengelak daripada bertembung.
Rakaman dashcam kes lawan arus di Lebuhraya MEX berhampiran IMU Bukit Jalil pada petang tadi.. pic.twitter.com/NQ5nqKr2z4
— 999 Malaysia 🇲🇾 (@999Malaysia) September 26, 2019
Sumber: [1]