
Dipetik daripada page Penang Kini, semalam tular kisah seorang pelanggan kurang upaya yang berkerusi roda tidak dibenarkan untuk masuk ke sebuah kedai coklat.
Advertisement

Menurut sumber daripada Rozita Othman, kakak iparnya yang berkerusi roda tidak dibenarkan untuk memasuki kedai berkenaan dengan alasan ia akan merosakkan mozek/lantai mereka.

Mendapat lebih daripada 900 komen dan 800 share, kisah ini nyata menarik perhatian orang ramai yang rata-ratanya mengecam tindakan pekerja kedai berkenaan.
Namun, pihak syarikat coklat berkenaan tampil memohon maaf atas insiden berkenaan dan menyatakan ia adalah berpunca daripada staf baru mereka yang tidak peka terhadap isu tersebut.
Sumber: Penang Kini
