Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Malaysia Catat 2,188 Kes Baru Positif COVID-19 Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 2,188 kes baru positif COVID-19 dicatatkan setakat 24 November jam 12 tengah hari.

Daripada jumlah itu, 1,623 kes baru jangkitan datangnya daripada negeri Selangor, dan sebahagian besar daripadanya adalah Kluster Teratai.

Advertisement

malaysia catat 2,188 kes baru positif covid-19 hari ini

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan COVID-19 di Malaysia melonjak kepada 58,847 kes, sejak ia mula direkodkan pada Mac lalu.

Kes sembuh juga mencatatkan bilangan tertinggi iaitu sebanyak 1,673 kes, menjadikan jumlah keseluruhan sembuh sebanyak 44,153 kes atau bersamaan 75% kadar kesembuhan.

Dukacita dimaklumkan juga terdapat 4 kes kematian baharu dicatatkan hari ini, iaitu 3 kes melibatkan warganegara dan 1 kes bukan warganegara. Jumlah kematian akibat COVID-19 di Malaysia kini 341 kes.

Seramai 112 kes juga sedang mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sumber: KKM

ERA Muzik Hit Terkini