Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kes Buang Haiwan Peliharaan Meningkat Tiga Kali Ganda Sepanjang PKP

Kes pembuangan haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing meningkat tiga kali ganda di kawasan sekitar Kuala Lumpur ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

kes buang haiwan peliharaan meningkat tiga kali ganda sepanjang pkp

Menurut Persatuan Haiwan Malaysia, perkara itu dikesan berdasarkan maklumat terdapat kucing dan anjing baru dalam satu-satu kawasan yang dijaga oleh Pemberi Makan Haiwan Jalanan.

Advertisement

Sebagai contoh, andaikan satu kawasan itu mempunyai lima ekor anjing, tetapi jumlah itu meningkat kepada 18 hingga 20 ekor sepanjang pelaksanaan PKP ini.

Tambah lagi, kebanyakkan haiwan yang baru dikesan dalam kawasan itu dalam keadaan sihat, jinak dan sangat bersih, menunjukkan bahawa ia adalah haiwan yang dibela.

Selain itu, haiwan yang ditemui juga adalah dalam kawasan perindustrian, dipercayai kerana kawasan itu adalah sunyi dan bagi mengaburi mata orang awam.

Persatuan itu juga tidak menolak kemungkinan bahawa haiwan yang dibuang ini adalah kerana pemilik merasa khuatir jangkitan penyakit, selain tidak mampu lagi meneruskan memelihara haiwan peliharaan mereka kerana hilang sumber pendapatan sewaktu musim PKP ini.

Sehubungan itu, persatuan menggesa pihak berkuasa mewajibkan pemasangan mikrocip identiti di badah haiwan peliharaan masing-masing bagi memudahkan pengesanan pemilik haiwan ini seandainya ia dibuang.

Sementara itu, pemilik haiwan yang didapati meninggalkan mana-mana haiwan yang menyebabkan ia terabai, sakit, lapar dan dahaga, boleh didakwa di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015, dengan hukuman denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun.

Sumber: Sinar Harian

ERA Muzik Hit Terkini