Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sekali Lagi Kes COVID-19 Catat Rekod Tertinggi Hari Ini

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes baru jangkitan COVID-19 di Malaysia hari ini adalah sebanyak 3,337 kes.

Ia sekaligus merupakan kes jangkitan harian tertinggi pernah direkodkan, selepas 3,309 kes baharu pada 12 Jan lalu.

Advertisement

Daripada 3,337 kes, 7 daripadanya melibatkan kes import dan selebihnya adalah daripada kes tempatan.

Dukacita dimaklumkan, sebanyak 15 kes kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah mangsa maut akibat COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 578 kes.

Dalam pada itu, sebanyak 1,710 kes lagi sembuh, menjadikan kes sembuh juga meningkat kepada 113,288 kes setakat 14 Januari 2021.

sekali lagi kes covid-19 catat rekod tertinggi hari ini

Sumber: KKM

ERA Muzik Hit Terkini