Skip to main content

Advertisement

Hiburan

COVID-19: Kes Baru Terus Meningkat, 16 Lagi Kluster Baru Dikesan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat peningkatan jumlah jangkitan kes COVID-19 di Malaysia pada 30 Januari 2021.

Sebanyak 5,728 kes baru dilaporkan setakat 30 Januari, dengan negeri Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 3,285 kes, diikuti Johor (792), dan  Kuala Lumpur (480).

Advertisement

Daripada jumlah itu juga, 13 lagi kes kematian dilaporkan, menjadikan angka maut akibat COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 746 kes.

Perincian kes COVID-19 pada 30 Januari 2021 adalah seperti berikut:

  • Kes sembuh baru: 3,805
  • Jumlah kumulatif kes sembuh: 161,527
  • Kes baharu COVID-19: 5,728
  • Jumlah kumulatif: 209,661
  • Jumlah kes aktif: 47,388
  • Jumlah kematian baru: 13
  • Jumlah kumulatif kematian: 746
  • Kes di ICU: 319
  • Pesakit COVID-19 Intubated: 120

KKM turut melaporkan terdapat 16 lagi kluster baharu COVID-19, dimana 13 daripadanya melibatkan kluster berkaitan tempat kerja. Perincian kluster baru setakat 30 Jan adalah seperti tertera:

covid-19: kes baru terus meningkat, 16 lagi kluster baru dikesan

covid-19: kes baru terus meningkat, 16 lagi kluster baru dikesan

covid-19: kes baru terus meningkat, 16 lagi kluster baru dikesan

covid-19: kes baru terus meningkat, 16 lagi kluster baru dikesan

Sumber: KKM

ERA Muzik Hit Terkini