Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kes Farah Kartini: Suspek Direman Tujuh Hari

kes farah kartini: suspek direman tujuh hari

Seorang penjawat awam berusia 26 tahun yang dipercayai teman lelaki Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Advertisement

Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza mengeluarkan perintah reman terhadap suspek terbabit dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

Difahamkan, suspek ditangkap di Balai Polis Gedangsa, Hulu Selangor.

Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap polis tiba kira-kira pukul 8.53 pagi di Mahkamah Kuala Kubu Bharu dengan menaiki kenderaan polis.

 

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini