Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kes Jangkitan COVID-19 Kini Lebih 10 juta Seluruh Dunia

Bilangan kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia kini sudah pun mencecah 10 juta dengan kematian melepasi 500,000.

kes jangkitan covid-19 kini lebih 10 juta seluruh dunia

Menurut sumber, jumlah jangkitan kini mencatatkan bacaan 10,237,543 kes dengan kematian sebanyak 504,075 kes serta kes pulih sebanyak 5,547,527 setakat pagi Isnin.

Advertisement

Amerika Syarikat masih lagi menjadi negara dengan kes tertinggi jangkitan COVID-19, diikuti Brazil, Rusia, India dan United Kingdom.

Dalam pada itu juga, Malaysia mencatatkan 8,634 kes keseluruhan dengan 18 kes baru pada Ahad, 28 Jun 2020 dan jumlah kematian kini sebanyak 121 kes. Malaysia juga merekodkan 96.34% jumlah kes sembuh iaitu sebanyak 8,318 kes setakat ini.

Sumber: Coronatracker

ERA Muzik Hit Terkini