Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kes Kematian Ke-4 COVID-19 Di Malaysia, Jumlah Kes Positif Bertambah

Satu lagi kes kematian melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan berlaku malam tadi, melibatkan warganegara Malaysia berumur 50 tahun.

Kes keempat ini melibatkan kes ke-238 daripada kluster jemaah tabligh. Beliau dimasukkan ke hospital Melaka pada 12 Mac lalu.

Advertisement

kes kematian ke-4 covid-19 di malaysia, jumlah kes positif bertambah

Menurut KKM, kesihatan mangsa merosot dari hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada awal pagi 21 Mac 2020.

Setakat ini, 153 lagi kes baru dilaporkan positif, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,183 kes.

Tambah lagi, 27 kes daripada itu telah pulih, menjadikan kes pulih daripada jangkitan COVID-19 di negara ini sebanyak 114 orang.

Sumber: KKM

ERA Muzik Hit Terkini