Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Satu Lagi Kematian Akibat COVID-19, Malaysia Kini 16 Kes Maut

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), satu lagi kematian akibat COVID-19 dicatatkan, menjadikan jumlah semasa kematian dinegara ini sebanyak 16 kes.

Kes kematian ke-16 melibatkan seorang warganegara Malaysia berusia 75 tahun dengan latar belakang beberapa penyakit kronik.

Advertisement

Mangsa mula menunjukkan gejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac lalu, sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020.

Kesihatan mangsa mulai merosot dan dimasukkan ke ICU untuk bantuan pernafasan. Namun pada 24 Mac 2020 jam 7.40 malam, beliau disahkan meninggal dunia. Punca jangkitan COVID-19 masih lagi dalam siasatan.

satu lagi kematian akibat covid-19, malaysia kini 16 kes maut

Sumber: KKM

ERA Muzik Hit Terkini