Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat satu lagi kematian akibat wabak COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah kes kematian setakat ini di Malaysia kini 24 orang.
Kes kematian ke-24 merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 35 tahun dan mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada Mac 2020.
Advertisement
Mangsa mula bergejala 5 hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020. Hasil ujian mengesahkan mangsa positif COVID-19.
Kesihatan mangsa mulai merosot dari hari ke hari dan disahkan meninggal dunia 26 Mac 2020 jam 9.30 malam.
![[terkini] satu lagi kematian akibat covid-19, jumlah kematian kini 24 kes](https://media2.fishtank.my/media/era/assets/gambar-2020/mac-2020/screenshot-2020-03-27-at-11-18-41-am.png)
Ini merupakan kes kematian ke-24 selepas KKM melaporkan empat lagi kes kematian melibatkan wabak COVID-19, semalam.
Sumber: KKM