Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Wajah Muhammad Akil Syauqi Jernih, Tersenyum - Bekas Pengasuh

Lands-P-14.png

 

Advertisement

Kehilangan Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, yang disyaki termakan keropok mengandungi racun Ahad lalu, sangat mengejutkan seluruh rakyat di negara ini, termasuklah bekas pengasuhnya itu.

Menurut pengasuh arwah, Siti Fadilah Hashim, 46, beliau sangat sedih kerana kanak-kanak berusia tiga tahun itu amat disayangi mereka sekeluarga.

“Saya sempat melihat jenazah Muhammad Akil Syauqi di Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang (HPP) dan menyaksikan wajah yang jernih dan seperti tersenyum.

“ketika saya menggosok badan kanak-kanak itu untuk memandikan jenazahnya, hati saya sayu melihat wajah arwah yang sedikit membengkak”, ujar Fadilah ketika ditemui ketika hadir ke pengebumian Muhammad Akil Syauqi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Banggol Berangan.

Tambahnya, beliau sama sekali tidak menyangka bahawa mereka (pelaku) meletakkan racun pada makanan ringan berkenaan.

Katanya, dia hanya sempat menjaga kanak-kanak itu sejak usianya enam bulan hingga adiknya, Muhammad Luth Syauqi lahir dan kini berusia 2 tahun. 

 

Sumber: Astro Awani

ERA Muzik Hit Terkini